Blurred background of audience in the conference hall or seminar

Skim Bantuan ​Persidangan Siswazah ​FSSK

Skim Bantuan ​Persidangan Siswazah ​FSSK

sekretariat siswazah

Pengenalan

Menghadiri persidangan adalah amat ​penting bagi pelajar pascasiswazah ​dalam membentuk profesionalisme ​akademik serta mengukuhkan kemahiran ​kendiri seperti kemahiran komunikasi dan ​interpersonal yang mana merupakan ​hasil pembelajaran program yang ​penting.


Melalui Pelan Strategik FSSK 2023-2025, ​antara inisiatif yang direncanakan adalah ​Pengalaman Pelajar dan skim bantuan ​untuk menghadiri persidangan dilihat ​selari dengan inisiatif.


Syarat Permohonan

Memartabatkan Pendidikan

  • Pelajar siswazah mod PENYELIDIKAN SEPENUH MASA sahaja.
  • Pelajar berstatus AKTIF serta mendaftar semasa permohonan ​dibuat.
  • Pelajar telah LULUS pembentangan cadangan penyelidikan.
  • Dapatan kajian yang dibentangkan di persidangan/pertandingan ​adalah sebahagian daripada kajian penyelidikan pelajar.
  • Pelajar DILARANG menghantar wakil/pengganti untuk ​membentangkan kertas kerja semasa persidangan/pertandingan.
  • Hanya untuk SATU (1) pembentangan kertas kerja sahaja sama ada ​di dalam atau luar negara semasa persidangan/pertandingan.

Kriteria Persidangan / ​Pertandingan

  • Persidangan/Pertandingan berindeks ​(SCOPUS / WoS / MyCite / ERA).
  • Sah untuk PEMBENTANGAN PENUH kertas ​projek penyelidikan sahaja.
  • Persidangan/Pertandingan secara dalam ​talian atau bersemuka adalah di terima.
  • TIDAK SAH untuk pembentangan poster.
Global finance analysis and big data research concept

Pakej Bantuan

Memartabatkan Pendidikan

01

02

Dalam Negara

  • Yuran Persidangan
  • Kos perjalanan
  • Maksima RM1000


Rantau ASEAN

  • Yuran Persidangan
  • Kos perjalanan
  • Kos penginapan
  • Maksima RM3000

03

Professional Woman in Black Blazer clapping her Hands

antarabangsa

  • Yuran Persidangan
  • Kos perjalanan
  • Kos penginapan
  • Maksima RM5000

Maklumat Penting

  • Kos penginapan dan perjalanan hanya diberikan kepada persidangan ​secara fizikal sahaja.
  • Skim bantuan ini adalah bayar dahulu dan tuntut.
  • Permohonan hendaklah dihantar ke Sekretariat Siswazah FSSK satu (1) ​bulan sebelum tarikh persidangan/pertandingan. Sila lampirkan ​bersama
    • Surat jemputan persidangan
    • Surat penerimaan jemputan
    • Abstrak (jika berkenaan)
  • Laporan persidangan/pertandingan perlu dihantar ke Sekretariat ​Siswazah FSSK tidak lewat dari empat belas (14) hari selepas tarikh ​persidangan/pertandingan beserta resit-resit asal untuk tujuan ​tuntutan.

Pertanyaan?

PEJABAT

Timbalan Dekan Siswazah

Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan

UKM Bangi

EMEL

td1fssk@ukm.edu.my

siswazahfssk@ukm.edu.my

Telefon

03 8921 3228 / 5145

Bersedia untuk ​memartabatkan ​pendidikan?