Business conference
Abstract Art Deco Logo Icon Design

Skim Bantuan ​Sangkutan Luar Negara ​Siswazah

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • Mengikuti program sangkutan siswazah luar ​negara (SSLN) adalah amat penting bagi pelajar ​pascasiswazah dalam membentuk ​profesionalisme akademik serta mengukuhkan ​kemahiran kendiri seperti kemahiran komunikasi ​dan interpersonal yang mana merupakan hasil ​pembelajaran program yang penting.
  • Ini memberi peluang untuk pelajar menimba ​pengalaman baru di samping meningkatkan ​kredibiliti sebagai penyelidik serta menambah ​rakan jaringan dan kolaborasi.
  • Berpeluang untuk memanfaatkan dan ​meningkatkan nilai jaringan strategik rakan ​strategik luar negara FSSK yang telah memeterai ​perjanjian MoU dan MoA melalui program ​sangkutan luar ini.

Latar ​Belakang

Pakej Skim Bantuan Sangkutan Luar Negara

Colored World Map XXXL

Persidangan Luar ​Negara

Pakej

Travel the world monument concept
  • Tiket Kapal Terbang
  • Visa
  • Penginapan
  • Bayaran Ikhtisas

bantuan

Student Loan Concept

RM10,000 maksima

jumlah

Business seminar


Syarat Permohonan

  1. Pelajar siswazah mod penyelidikan sepenuh masa yang AKTIF dan ​mendaftar semasa permohonan dibuat.
  2. Pelajar warganegara MALAYSIA yang tidak pernah belajar di luar negara.
  3. Telah LULUS pembentangan kertas cadangan penyelidikan.
  4. Perlu melampirkan beberapa dokumen tambahan seperti berikut:
    1. Surat jemputan dari tempat sangkutan
    2. Kertas cadangan penyelidikan di tempat sangkutan
    3. Anggaran belanjawan sepanjang program sangkutan
  5. TIDAK PERNAH menyertai/menggunakan skim sangkutan luar negara ini ​di sepanjang pengajian.
  6. Tempoh sangkutan sekurang-kurangnya dua (2) minggu dan tidak lebih ​dari satu (1) semester.
Empty Seat with Blurry Seminar Room Background


Tanggungjawab Pelajar

  1. Pelajar diwajibkan untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya satu (1) ​objektif kajian penyelidikan mereka di tempat sangkutan tersebut.
  2. Pelajar perlu menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) artikel ​berindeks Scopus/Wos bersama penyelia di tempat sangkutan ​tersebut dan penyelia di FSSK UKM dalam tempoh masa 12 bulan ​selepas kembali daripada program sangkutan luar negara.
Empty Seat with Blurry Seminar Room Background
Credit Cards on a Laptop Keyboard

Pembayaran Bantuan

  1. Pelajar perlu melampirkan bukti pembayaran ​untuk tujuan bayaran semula kepada ​mereka.
  2. Untuk tujuan bayaran terus kepada ​penganjur persidangan, dokumen lengkap ​perlu disediakan.
  3. Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan ​wang pendahuluan pada kadar maksimum ​tetapi perlu menghantar laporan ​perbelanjaan akhir berserta resit rasmi.

* Sekiranya perbelanjaan tidak mencapai kadar ​maksimum, baki wang perlu dikembalikan.

Pertanyaan?

EMEL

td1fssk@ukm.edu.my

siswazahfssk@ukm.edu.my

PEJABAT

Timbalan Dekan Siswazah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

UKM Bangi

No. telefon

03-8921 3228 / 5145

People on a Video Call